CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 5, 2011

~Selamat Berbuka Puasa~

Assalamualaikum dan selamat berpuasa utk semua..hari nie hari yg ke-5 kita berpuasa.moga kita diberi kekuatan utk meneruskan hari2 di bulan ramadhan..lagi beberapa minit nak buka puasa nie..bace dulu adab2 berbuka puasa :

1-Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”

2-Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis.



3-Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan.

4-Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka.

sekian..,itu je dapat share..n selamat berbuka puasa semua..

0 comments: