CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 2, 2010

.sepi lebih indah.

aku menulis lagi..

perlu ke dipertahankan 1 rasa yg kita pasti tak kesampaian atau perlu ke kita pertahankan sebuah kehilangan yg kita pasti akan kehilangannya jua suatu hari nanti atau kukuhkah sebuah ikatan yang terbina hanya di atas keruntuhan smlm, dikutip dr serpihan hati yg telah berkecai?

Tatkala anda tak mampu jawab soalan-soalan seperti ini, ketahuilah bahawa sepi itu lebih indah. Ketika anda tak pasti untuk memberikan jawapan pasti kpd soalan-soalan yang lahir dr hati anda sendiri, itu tandanya sudah sampai masanya untuk anda melangkah pergi. Kala itu sepi lebih indah drpd sebarang bunyi.

Maka katakanlah kpd diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yg perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba terasa kehilangan dan diperlukan, antara rela atau tidak, walau kau lebih tahu tak ada yg lebih berharga drp dirimu dan jua aku tak mungkin dapat melupakanmu.

Itu lebih bererti sebab adakalanya perpisahan itu lebih bermakna drp satu perhubungan yg amat menyusahkan. Tatkala anda berasa amat sakit oleh satu perhubungan, maka adalah lebih baik melangkah pergi.

“ Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap, sampai nanti suatu saat tak ada cinta kudapat, kenapa ada derita bila bahagia tercipta, kenapa ada sang hitam bila putih menyenangkan, aku pergi tanpa dendam, kuterima kekalahanku.”


terima kasih...utk dirimu...

0 comments: